Sepanjang lapan minggu persekolahan bagi sesi 2011 pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan. Aktiviti-aktivit yang dijalankan melibatkan seluruh warga SK Seri Tanjong. Antara aktivit-aktiviti tersebut:
i. Majlis Pelantikan Pemimpin Kecil Sekolah
ii. Kusus Kepimpinan Murid
iii. Pelancaran Aktiviti PSS
iv. Minggu Bahasa Melayu
v. Larian Perdana Mahkota
Selain aktiviti yang dijalankan di sekolah, beberapa aktiviti di luar sekolah turut disertai oleh guru dan murid sekolah ini seperti Program Anak Soleh dan acara sukan dan olahraga MSSM Cawangan Zon Parit Sulong.
Aktivit-aktiviti ini telah memberi pengalaman, pendedahan, kemahiran, maklumat, kesedaran dan banyak lagi kepada semua warga SKSeri Tanjong, khasnya murid-murid.
Thursday, February 24, 2011
Tuesday, December 28, 2010
Wednesday, November 10, 2010
KEPUTUSAN UPSR 2010
Seramai 17 orang murid SK Seri Tanjong mengambil UPSR tahun ini.
Bahasa Melayu Pemahaman - 100%
Bahasa Melayu Penulisan - 94.1%
Bahasa Inggeris - 94.1%
Matematik - 100%
Sains - 100%
Peratus Keseluruhan - 88.24
5 A - seorang murid
GPS Keseluruhan - 1.80
Tahniah kepada semua murid, guru-guru mata pelajaran Tahun 6, Guru Besar, guru-guru dan semua warga SK Seri Tanjong kerana GPS yang semakin baik. Semoga lebih cemerlang demi merealisasikan SK Seri Tanjong Gemilang.
Bahasa Melayu Pemahaman - 100%
Bahasa Melayu Penulisan - 94.1%
Bahasa Inggeris - 94.1%
Matematik - 100%
Sains - 100%
Peratus Keseluruhan - 88.24
5 A - seorang murid
GPS Keseluruhan - 1.80
Tahniah kepada semua murid, guru-guru mata pelajaran Tahun 6, Guru Besar, guru-guru dan semua warga SK Seri Tanjong kerana GPS yang semakin baik. Semoga lebih cemerlang demi merealisasikan SK Seri Tanjong Gemilang.
KENANGAN LALU
Monday, November 8, 2010
Sunday, November 7, 2010
SEJARAH SK SERI TANJONG
SEJARAH SK SERI TANJONG, BATU PAHAT
Nama Seri Tanjong
Kedudukan sekolah yang teletak di kawasan perkampungan lama yang terdiri daripada 4 gugusan kampung kecil iaitu Kampung Parit Selulun, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Parit Johar dan Kampung Parit Kassim Hilir yang kedudukannya betul-betul di atas sebuah tanjung pertemuan di antara Sungai Simpang Kanan dan Sungai Simpang Kiri yang bersatu mengalir ke Selat Melaka dan membentuk Sungai Batu Pahat yang muaranya teletak di pantai Minyak Beku. Sempena kedudukan kawasan ini, maka sekolah ini diberikan nama SK Seri Tanjong.
Sejarah Penubuhan SK Seri Tanjong
Mula diasaskan pada 23 Disember 1953 secara gotong-royong oleh penduduk kampung dengan usahasama Lembaga Kemjuan Sekolah Mukim 4 yang dipengerusikan oleh Penghulu Mukim 4 ketika itu iaitu Tuan Haji Mohamad Salleh bin Abdul Karim atau gelarannya Panglima Salleh dengan disertai oleh Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat yang dikelolai oleh Tuan Syed Esa bin Syed Alwee, Nazir Sekolah-sekolah Melayu Daerah Batu Pahat dengan kos sebanyak $4100.00 dari kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Bangunan asalnya adalah diperbuat daripada kayu beratapkan zink berukuran 100 kaki x 20 kaki persegi yang didirikan di atas Lot 862 seluas kira-kira 1.5 ekar tanah yang telah diwakafkan oleh Ketua Kampung Parit Selulun, Tuan haji Kamat bin Hassan. Sekolah ini siap dibina pada awal Januari 1954 dan telah dirasmikan oleh Pegawai Palajaran Daerah Batu Pahat, Encik Abdullah bin Sulaiman pada 15 Februari 1954.
Pada tahun 1976, sekolah baru telah dibina di tapak baru di Lot 928 seluas 4 ekar 1 rantai 21 pol kira-kira 0.25 km dari jalan besar Parit Jalil ke Parit Sulong. Bangunan baru ini diperbuat daripada konkrit 2 tingkat 4 bilik darjah lengkap dengan ruang pejabat dan bangunan kantin. Bangunan baru ini siap dan mula digunakan pada awal tahun 1977 dan tapak lama ditaik balik wakafnya. Pada akhir tahun 1987, bangunan tambahan 4 bilik darjah setingkat telah dibina di bawah Projek Bank Dunia. Pada 26 Jun 1988, bangunan baru ini siap diserahkan untuk kegunaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)